Pages

Sunday, February 13, 2011

Tolong...lah jangan jadi bangang




Assalamualaikum WBT,


Agak ganas sikit tajuk bagi posting kali ini. Walaupun tajuk ganas, namun isinya lembut...


14 Februari setiap tahun akan diraikan oleh pasangan yang sedang asyik masyuk bercinta. Aku pun tak faham kenapa la diorang ni terutamanya yang beragama Islam menjadikan tarikh 14 Februari sebagai tarikh untuk mereka raikan.
Sedangkan banyak sangat artikel tentang perkara ini dengan pelbagai versi telah dipaparkan. Antaranya dan yang paling tepat ialah versi yang ini.
"Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan ValentineĆ¢€™s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian."
Jadi aku tak faham sungguhlah kenapa muda mudi kita yang beragama Islam sibuk-sibuk nak pergi celebrate benda ni. Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM juga dengan jelas mengatakan keharamannya. Pasangan-pasangan kekasih sebelum berkahwin ni pun satu hal. Posting yang lepas aku ada bercerita tentang panggilan-panggilan manja yang menggelikan telinga aku mendengarnya. Langkah untuk kita sama-sama ambil peduli juga telah aku terangkan dalam posting Jumaat lepas.

Jadi, buat muda-mudi yang sedang dilamun cinta tu, aku merayu ni..
 
     Tolong...lah jangan jadi BANGANG
credit to :
http://azwandengkil.blogspot.com/