Pages

Showing posts with label The Ugly Truth. Show all posts
Showing posts with label The Ugly Truth. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan HARAM dan HALAL




Haram
1. Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai
dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam

2. Bentuk -
. Kepala berbentuk 'V'

.Bentuk badan mirip torpedo

.Badan berwarna hitam berkilat

.Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

.Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

.Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak





Halal
1. diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak
sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin

2. Bentuk -
.Kepala berbentuk 'U'

.Bentuk badan tirus

.Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

.Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

.Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

.Digoreng tidak meletup

Thursday, August 18, 2011

The Ugly Truth - Sudah terang lagi bersuluh...stupid kah?!



Apa dah jadi pada tahap sensitiviti manusia di zaman ini? Menidakkan kebenaran yang telah sedia maklum... atau sengaja membiarkan diri menjadi BODOH Tahap KELDAI?!... atau lebih teruk dari itu?




Thursday, August 11, 2011

The Ugly Truth - Nilai lah sendiri ....

Kerang atas darah babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.










KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.


Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Thursday, August 4, 2011

The Ugly Truth- Barangan Kulit ... U nak?

Jom Layan Gambar Proses Melapah kulit Nak Buat Barangan Kulit.

ketibaan bulan puasa tak lama mana dah. disusuli dengan hari raya aidil fitri selepas sebulan berpuasa. masa tu, banyak la promosi kat pasaraya mahupun pasar malam nanti. macam-macam ada ma...

barangan kulit mesti menjadi antara pilihan untuk dipakai nanti. tunggu la. nanti ada la jualan murah kot. dan cukuplah sampai sini je pasal promosi barangan kulit tu. aku dah mengantuk dah ni...

layan gambo je la bawah ni. gayanya seperti operasi penanggalan kulit untuk dikumpul dan dibuat barangan kulit. mungkin bukan di malaysia, tapi wajahnya gaya-gaya asia. lantak la











Amacam? .......