Pages

Sunday, August 14, 2011

Bila rasa hormat tiada lagi....

(maaf jika pengunaan bahasa agak kasar utk entry ini )

Aku memang tak paham dengan budak budak sekarang ni.... ini dalam keluarga besar aku ni.....yang sanggup menipu mak sendiri demi kesenangan sendiri.... dah tak takut pada ayat Anak Derhaka lagi dah budak budak ni...kalau ikut hati..nak je aku sepak sepak kan memasing ni.... tapi aku cepat sedar diri...aku pun ada anak ...jadi cerita ini untuk ikhtibar kita semua.....

Sanggup ko cakap yang ko anak angkat? dan mak yang bela ko dari kecil tu. menyusu ko tu adalah mak angkat ko? mana pegi otak ko?!... hanya kerana nak meraih simpati orang yang bakal ko kapur kan duit dia?.... pastu ko sanggup plak kata sedara ko...yg 'dia' kenal tu dah meninggal semua kerana kemalangan jalan raya? Adeh... ni kalau sedara ko yg dah 'meninggal' tu tahu...masak ko kena rendang... tapi ko peduli hapa kan... ko bukan takut pun....jangan sampai ko menyusahkan aku sudah.... lantak ko le ... lagipun ko ada abang..jadi biarla abang ko yang nasihat.....

Yang sorang ni satu hal plak..... bila dengan aku cerita baik punye!!... semua nampak seperti perfect je... laki dia baik...rajin...lantak le laki ko.... tak kisah le.... cerita beli itu ini.... cerita pasal kebijaksanaan perbelajaan bagai... ghupa ghupanye..... mak ko yang banyak cover ko tetiap bulan..... takpe la mak tu redha.... tapi bila ko ada masalaha... mak tak daya nak tolong...ko buruk kan mak ko.... ko caci mak ko kat rata orang...apa punye anak ko ni?... ko 'chikun' barang barang dapur mak ko dengan selamba jer..... ko buat muka  tak bersalah bila ko dah berisi sebelum majlis dulu.... mana ko ingat mak ko letak muke?... Syukur pada yang Esa sebab kurniakan ketabahan yang bombastic pada mak ko.... kalo tak rasanye dah ke spital je dia......
 Allah maha kaya.... bila mana satu hari tu... ko tolong withdrawkan duit mak ko...(sebab dia tak tahu nak buat.....) ko bagi slip tunjuk belen pada dia....dalam hati seorang ibu - sangat bangga dengan sifat jujur anaknye...tapi...rupa rupanya...ko withdraw duit mak ko 2 kali... ko bagi slip yg pertama je... slip kedua ko buang...ko kelepet duit mak ko!!!!! Hey...ko tau tak..yang sebenarnye mak ko dah kantoikan ko? YE DIA TAU YANG KO KELEPET DUIT DIA.........duh! apalah bongok sangat ko ni.......nak tahu camner dia kantoikan ko?

Sebulan lepas ko kelepet duit dia.... dia gi bank nak amek duit...then dia tgk duit dia short..sebagai surirumah sepenuh masa...bila short ni..adalah satu masalah ye...sebab dah kurang budget nak beli barang dapur...jadi dia gi amik statement...dan bandingkan...teng teng teng........terbukti....... tapi ada mak ko gi tanya ko? takde kan....sebab dia redha...... ko tau tak hati dia remuk? Lu tau? Lu tau? Lu tak tau maaa........


 Aku lom luahkan cerita pasal "aku dia dan kondom" lagi kan.... nampak cam kurang sesuai je tajuknye...bebulan puasa ni.... aku takmo le melucah.... tak baik punyeeee nanti blog aku ni...takmo takmo.....



takpe..kita berenti takat ni.... aku rasa ada yang nak putus sedara ngan aku ni.... huhuhuhu.....











Thursday, August 11, 2011

The Ugly Truth - Nilai lah sendiri ....

Kerang atas darah babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.










KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.


Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Wednesday, August 10, 2011

Bila mata tak rela berdiri

Berblog walking... menghindarkan kelopak mata tewas dlm perjuangannya... aduhai.... hari ini sangat tenang... dan sangat dingin.......

Tak mampu nak melayan kehendak mata utk beradu kerana berada di pejabat..... didalam hati telah berdengkur... dan sesungguhnya tangan ku jua
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
..........................................................................................................................

The Ugly Truth - Apekah??!!


??????????????? Tak upaya utk menulis.....

Tuesday, August 9, 2011

Besday Lagiiii

Sekarang ada fening nak cari kek nye quotation (giler! dulu main beli je kat rak kedai tu....) transformasi kek 21st Century...hehehehe

Nak bentuk camni
Tapi kaler design tak camni..... sebab tak santek...hehehe Princess nak yang camni....


Agak agak berapa kah kos nye? maknenye..princess berdiri atas base kek gak...princess pakai baju design pink.... dan tema base pun ikut le kreativiti pembuatnye.... yg penting pink...(anak yg nak pink...mak nak shocking pink hehe )

Baby September nye party.... lokasi? Sik tauk! for a start cari kek duluuuu.... nak chocolate cake... princess je fondant...yg lain butter cream yummy.......



Monday, August 8, 2011

My Big Ellie...Coming soon!!!!

Inilah keputusan yang aku dok pening peningkan tu...... selepas segala aspek di teliti.... pandangan ayah dan abah di ambil kira....kini kami dengan yakin mengatakan YA..... Tapi banyak bende yang nak diselesaikan oleh owner lama....kesian plak kan..... dah la nak raya ni..... hemmmm....... tah bila nak dapat lom tahu...tapi bila dah dapat... first thing is to bawak Big Ellie ke Doktor untuk check...

1. Minyak Hitam

2. 'T' Pipe - as advised by Mr PC..thank you thank you to you and your lovely wife for the advise......

3. Letak carpet

4. Polish
 


Saya akan memanjakan BIG ELLIE sebagaimana saya manjakan REDTURTLE.....and my lovely REDTURTLE masih saya simpan.......and this is why it takes sooooo longgg to make decision.... more komitmen maaa.....






















Thursday, August 4, 2011

The Ugly Truth- Barangan Kulit ... U nak?

Jom Layan Gambar Proses Melapah kulit Nak Buat Barangan Kulit.

ketibaan bulan puasa tak lama mana dah. disusuli dengan hari raya aidil fitri selepas sebulan berpuasa. masa tu, banyak la promosi kat pasaraya mahupun pasar malam nanti. macam-macam ada ma...

barangan kulit mesti menjadi antara pilihan untuk dipakai nanti. tunggu la. nanti ada la jualan murah kot. dan cukuplah sampai sini je pasal promosi barangan kulit tu. aku dah mengantuk dah ni...

layan gambo je la bawah ni. gayanya seperti operasi penanggalan kulit untuk dikumpul dan dibuat barangan kulit. mungkin bukan di malaysia, tapi wajahnya gaya-gaya asia. lantak la











Amacam? .......