Pages

Sunday, September 5, 2010

I miss her....

hari ni 27 Ramadhan...genap la 9 tahun bonda pergi menemuiNya....betul la kata kata....
"it take a lifetime to forget someone"
Dia tak pernah luput dari ingatan....lebih lagi dia sentiasa memberi impak dalam kehidupanku...
Dia yang menjadi teman, rakan dan ibu yang paling hebat... aku lebih suka meluangkan masa bersamanya dari teman teman... bersamanya menonton wayang, shopping, menonton teater dan apa saja...

Dia juga seorang ibu yang mendidik aku menjadi seorang yang harus berfikir baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan...sentiasa mengingatiku agar sentiasa berwaspada di atas segala kebaikan...harus bijak menilai antara ikhlas dan maksud tersirat di sebalik kebaikan....

Dia juga amat tegas dalam mendidik ku...setiap teman, setiap rakan.. dia harus tahu, malah dia juga menjadi peneman ketika aku keluar bersama 'si dia'.

Dia menyokong ku dengan cara yang berbeza.... sering kali juga kami berbalahan hanya kerana dia tidak setuju dengan minat ku...tapi ternyata...dia lebih mengenali anak nya....

Aku tak pernah akan mahu melupai detik ketika aku tidak sihat... dan dia mendokong ku di belakangnya untuk ke klinik...ketika itu dia berkata
" takper la ..sekarang adik tak sihat, mak dokong adik..nanti mak dah tua..mak tak sihat..adik dokong mak pula"
Ternyata aku tidak kesampaian untuk melakukannya.... dia pergi di saat kesihatan nya yang amat baik.

Tiada yang amat bernilai buat semua insan di muka bumi ini... melainkan memiliki seorang ibu.
Tiada yang paling bahagia melainkan berada di pelukan ibu...
Tiada yang paling istimewa melainkan senyuman ibu....
Tiada yang paling bermakna .. selain dari hilai tawa ibu...

Di hati kita,
Kita boleh mengantikan tempat seorang kekasih....
Kita boleh mengantikan tempat seorang sahabat....

Tetapi...
Tidak sekalipun di hati  kita bole mengantikan tempat seorang ibu...
walaupun atas kemahuan kita.... tiada apa yang boleh memadamkan kenangan kota bersama seorang ibu....

Ciuman, belaian dan pelukan seorang ibu..nikmat yang tiada bandingan....

Al-Fatihah untuk bonda Che' Siah @ Zulia

No comments:

Post a Comment